Bulan Rabiulawal merupakan bulan ketiga dalam Takwim Hijrah. Bulan ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia. Nabi Muhammad SAW telah diputerakan pada bulan ini iaitu pada 12Rabiulawal.
PERISTIWA BESAR DI BULAN RABIUL AWAL
Bulan Rabiul Awal bermaksud musim bunga bagi tumbuh-tumbuhan mengikut kebiasaan di Tanah Arab.
Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ pada 12 Rabiulawal tahun Gajah.
Nabi Muhammad ﷺ wafat pada Isnin 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah bersamaan 07/06/632 Masihi, di rumah isterinya Aisyah r.ha dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
Di antara peperangan yang berlaku di bulan Rabiul Awal ialah peperangan ‘Safwan’ (Badar pertama), ‘Bawat’, ‘Zi Amar’ (Ghatafan), ‘Bani An-Nadhir’, ‘Daumatul Jandal’ dan peperangan ‘Bani Lahyan’.
Pada tahun ketiga Hijrah, satu kumpulan tentera Islam yang diketuai oleh Muhammad bin Maslamah dihantar bagi membunuh Kaab bin Al Ashraf seorang ketua kaum Yahudi yang menghina Islam dengan syair-syairnya, menyeru kaum Quraish supaya memerangi Islam.